Cerita ini mengisahkan Nur dan Irna sahabat yang sangat rapat. Suatu hari, Irna menunjukkan gambar seorang lelaki kepada Nur dan mengatakan lelaki yang bernama Reza itu mahu mengenali Nur. Tanpa berfikir panjang, Nur lantas menerima Reza. Nur tidak pernah berjumpa Reza apatah lagi mendengar suaranya. Setiap kali mahu berjumpa dan ingin mendengar suara, Reza memberi bermacam-macam alasan untuk mengelak, panggilan tidak pernah sekali pun diangkat, selama 8 bulan mereka berdua cuma berhubung melalui pesanan ringkas. Selepas 8 bulan, Reza mahu memutuskan hubungannya dengan Nur dan memberi alasan mahu fokus pada pelajarannya. Nur tidak dapat menerima kenyataan itu lalu mencari jalan untuk berjumpa dengan Reza tetapi Reza mengelak dari berbalas semua "sms" Nur. Melalui nombor kawan Reza yang Irna pernah bagi, Nur mengaturkan masa dan tempat untuk berjumpa dengan Reza. Pada hari pertemuan Nur dan Reza, Nur terkejut kerana selama ini Reza yang sebenarnya, Reza yang gambarnya pernah ditunjuk oleh Irna, Reza yang ada di depan mata dia sekarang ini mengatakan tidak pernah sekali pun bercinta dengan Nur, bahkan tidak mengenali Nur langsung. Nur menceritakan kisahnya dari awal hingga akhir kepada Reza. kemudian, Barulah Nur tahu dan sedar dia telah ditipu oleh Irna, sahabatnya sendiri. Bila kebenaran telah terbongkar, Irna memohon maaf kepada Nur dan mengatakan semua yang terjadi untuk kepentingannya sendiri. Sehingga kini Nur tertanya selama 8 bulan perkenalannya dulu dengan siapa sebenarnya. Walaubagaimanapun, Nur bersyukur kerana punca dari kisah penipuan ini juga akhirnya Nur bersatu dengan Reza yang sebenar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment