Pages

Saturday 12 December 2015

Phone Rosak

  geram campur marah campur sedih campur stress equal to jadi apa eh ?? time semangat dpt customer ramai , dah mesej ramai customer , phone buat hal . Nasib yg malang ke kifarah dr dosa sendiri ni ? hukhuk . I lost a few of my contacts , tak boleh nk buat apa dah , pepandai lah deme yg mencari aku , termasuk lah jodoh , pepandai dtg sendiri cari saya tau ! kihkihkih

  dah lama tak update blog kan ? bila update ni , hembuskan kemarahan pulak dlm ni . nak buat mcm mana , takde kawan nak luahkan , sini je lah tempat kita luah hm . tenga lepak mcd , cuba tenangkan hati melantak ayam mcd dgn adik dan lupakan pasal phone , fuhhhhhhh . 

  so readers , how was your day ?? bad day mcm saya jugak ke huh ?? dont feel sad ok (pandai nasihat org tp diri sendiri ke laut) okay , pancing naik darat balik , hahahah . tak boleh nak taip panjang panjang lagi dah , my brother dah buat muka bosan , kesian dia , i've back to social life with my brother , xoxo bye !
    

Wednesday 18 November 2015

Kemaafan itu "Unlimited"

    Tonight I just wonder kalau lah kemaafan tu ada limitednya, ada ke manusia yang berbahagia sekarang ? Aku rasa bila kemaafan yang diberi dari seseorang tu limited, aku rasa malu, sungguh, manusia yang tak sempurna ada limitednya pula untuk memaafkan seseorang, ada limited pula nak bagi peluang kepada orang lain untuk tebus silapnya sedangkan Allah yang satu beri kemaafan dan peluang yang Unlimited kepada hambanya. Bila dah dapat kemaafan dari seseorang, semua rasa positif datang dlm hidup. Berbahagia sebab dapat kemaafan, bahagia sebab orang mereka sayang dah maafkan semua kesalahan, rasa satisfy, rasa hal yang keruh dah jadi jernih, rasa tenang. Dia mungkin tak baca ayat semua ni, just berharap dia boleh maafkan semua salah aku, aku pun dah maafkan semua salah dia dan masing masing boleh buat haluan sendiri tanpa toleh belakang lagi. Move on...

Tuesday 10 November 2015

Jodoh 8 Bulan

           Cerita ini mengisahkan Nur dan Irna sahabat yang sangat rapat. Suatu hari, Irna menunjukkan gambar seorang lelaki kepada Nur dan mengatakan lelaki yang bernama Reza itu mahu mengenali Nur. Tanpa berfikir panjang, Nur lantas menerima Reza. Nur tidak pernah berjumpa Reza apatah lagi mendengar suaranya. Setiap kali mahu berjumpa dan ingin mendengar suara, Reza memberi bermacam-macam alasan untuk mengelak, panggilan tidak pernah sekali pun diangkat, selama 8 bulan mereka berdua cuma berhubung melalui pesanan ringkas. Selepas 8 bulan, Reza mahu memutuskan hubungannya dengan Nur dan memberi alasan mahu fokus pada pelajarannya. Nur tidak dapat menerima kenyataan itu lalu mencari jalan untuk berjumpa dengan Reza tetapi Reza mengelak dari berbalas semua "sms" Nur. Melalui nombor kawan Reza yang Irna pernah bagi, Nur mengaturkan masa dan tempat untuk berjumpa dengan Reza. Pada hari pertemuan Nur dan Reza, Nur terkejut kerana selama ini Reza yang sebenarnya, Reza yang gambarnya pernah ditunjuk oleh Irna, Reza yang ada di depan mata dia sekarang ini mengatakan tidak pernah sekali pun bercinta dengan Nur, bahkan tidak mengenali Nur langsung. Nur menceritakan kisahnya dari awal hingga akhir kepada Reza. kemudian, Barulah Nur tahu dan sedar dia telah ditipu oleh Irna, sahabatnya sendiri. Bila kebenaran telah terbongkar, Irna memohon maaf kepada Nur dan mengatakan semua yang terjadi untuk kepentingannya sendiri. Sehingga kini Nur tertanya selama 8 bulan perkenalannya dulu dengan siapa sebenarnya. Walaubagaimanapun, Nur bersyukur kerana punca dari kisah penipuan ini juga akhirnya Nur bersatu dengan Reza yang sebenar.

Saturday 7 November 2015

Penat

  You dont know how many times i tell to myself "lupakan , hapuskan, pergilah, aku taknak kau, benci, begging" and so on. Penat ! Letih bila kau nak lupakan someone but makin nak lupa makin dekat makin kerap pula dia menjelma. Sampai kene tekankan mentaliti to forget about him. Tekanan perasaan tak payah cakap ahh, mmg tertekan sgt. Skrg ni bukan cuba cari pengganti, tp tenga mencari cinta sejati tapi haihhh, dia dia dia diaaaaa je tukang nyibuk tukang segalanya lah, tuptuptup terbantut sudah nak mencari lelaki, arjuna beta.

  Luah kat org pun, bukan org faham kita. They said "sbb kau fikir, sbb kau ingat, sbb kau tak boleh lupakan dia lg" erghhh... Mimpi dia bukan sbb aku ingat bukan sbb aku fikir tp sbb bila aku dah tak fikir dah tak ingat, tuptuptup dia dtg dlm mimpi so mcm mana lah benda tu tak buat aku terfikir fikir.
Skrg searching lelaki istikharah tu tp hmmm, hambar, hampar.... Kalau aku ni pandai melukis, boleh je main agak agak wajah dia then lukis, tampal kat semua tempat tulis WANTED, hahaha.

Friday 6 November 2015

Untuk Awak Baca Nanti...

   Entah kenapa lately ni asyik teringat..teringat lelaki yang kita tak kenal tapi pernah jumpa cuma dlm mimpi,pelik kan ? Takkan lah rindu kut ??

   Kalau lah Allah bagi peluang tangkap gambar dalam mimpi tu then keluar gambarnya dr mimpi.Bangun je eh eh, gambar awak ada sebelah saya haa.Kan syiok gituuu. 

   Anyway even tak pernah jumpa dlm dunia nyata ni, tapi saya tahu awak ada di sini, di hati...di dalam ingatan. Mungkin saya akan bertemu dgn awak, berkenalan, kalau betul jodoh mungkin kita akan kahwin, tapi kalau tak ? Mungkin juga saya akan berkahwin dgn org lain. Entah lah tak tahu perancangan Allah tu macam mana. Masa depan seseorang tak boleh diramal kan ? Takut juga apa yg harap dr mimpi tu tak jadi. Takut nak fikir lebih lebih. Ustaz pesan abaikan mimpi tu kalau betul jodoh insyaAllah jumpa. Ustaz lain pulak pesan mungkin kahwin dgn awak, tak pun mungkin kahwin dgn org yg fizikalnya lebih kurang mcm awak.

   Kadang kadang terlebih fikir bakal suami nnti orgnya mcm mana, kerja apa, dia boleh terima kekurangan tak, dia tak suka apa, and paling harap sgt sgt dia tak hisap rokok. Tu yang paling pantang. Entah kenapa tak boleh terima langsung lelaki yang hisap rokok ni, mmg lah nmpak cool, main hembus hembus, but sorry to say thats not my taste. Adik laki dua org ni pun dididik jgn sesekali hisap benda benda mcm tu. Tak nak anak anak sendiri nnti tgk ayahnya hisap benda tu. 

 

  So future husband, jangan hisap rokok ye. Kalau paru paru awak pun awak tak sayang, mcm mana lah nak sayang saya. Saya tak tahu awak kat mana skrg tapi Allah tahu.. Saya tak tahu pun awak tenga buat apa skrg tapi Allah tahu.. Harap awak tenga single skrg mcm saya, takde lah buang masa dgn perempuan lain, habis duit kat perempuan lain sdgkan nnti awak kahwin dgn saya.Kan rugi tuuuu melabur pd tak sepatutnya kihkihkih..  Saya tak lupa awak pun, selalu lepas solat doakan untuk awak jadi lelaki yang soleh and jodoh yg baik di sisi Allah. Mungkin kita dua belum cukup baik belum cukup dlm segala hal sbb tu Allah tak temukan kita lagi. Berapa lama lagi lah nak tunggu :( Semoga Allah jagakan awak, pape jadi dlm hidup awak cari Allah dulu ye sbb saya pun akan cari Allah bila nak ngadu apa apa pun. Satu satu benda yang paling kita boleh percaya yg boleh simpan rahsia kita boleh tolong kita dlm semua hal cuma Allah bukan manusia. Manusia bila sekali syaitan jentik hatinya, goyah imannya dia akan jadi manusia yang tak boleh dipercayai lg, dia akan jd manusia yg mengeruhkan lg keadaan, jd manusia yang sebarkan rahsia kita. Allah tak mcm tu. Yang saya selalu ngadu pd Allah ialah awak. Smpai menangis sbb rindu nak mimpi awak lagi, nak tgk muka awak lg tp Allah tak dtgkan wajah awak dah. Dia dtgkan wajah bekas kekasih.   Selagi boleh sabar, sabar. Selagi boleh tunggu,tunggu. Dah takde jalan lain. Doa je usaha saya. Mencari ?? Tak tahu awak kat mana. Nak buka hati kat laki yg suka saya pun takut, takut tu semua bukan awak. Takut juga nak brkenalan dgn sebarang lelaki, takut tak jd apa. Bukan nak stick jd negative thinker tp mcm benda tu perlu bg saya supaya benda yg dah lepas tak jd lg. Takut kene tinggal lagi, takut kecewa lagi, mmg takut sgt nak bina suatu hubungan yg lebih antara lelaki dan perempuan. Berharap sgt kita jumpa nnti, kat dunia ni. 

Saturday 31 October 2015

How it feels


  How it feels leaving someone that love you so much..em no, too much

  How it feels ignoring her/him that try so hard to get to you...


  How it feels seeing them go and then gone...


  How it feels babe, just watch them wasting all the things they had they sacrifice for you...


  Its pathetic be "that one" that able do anything for "the one" they love....


  I know how someone wish "the one" able do the same thing to "that one"..


  Be "that one" or "the one", you will know how it feels till it happens to you.

Friday 30 October 2015

Petunjuk Allah atau Bukan...

Assalammualaikum

   Tak tahu nak mulakan cerita apa . So here new post and first story in this blog . Nak tanya pernah solat istikharah ? Pernah dapat rasa itu sebenarnya petunjuk Allah ? Itu yang aku rasa selama ni tapi kadang kadang masih ragu sbb takde tanda lelaki tu muncul pun . Mula baca kisah di bawah....


KISAH 5 TAHUN DULU.....

  
   Saat putus cinta , ditinggalkan , aku jadi serabut , tak tentu arah , bayang si dia akan bersama dengan perempuan lain , aku rasa mcm nak bunuh diri pun ada , mcm rasa sia sia semua yang dah aku buat , setia aku , duit , masa yang dah diberi , rasa BODOH sangat , seriously ! Berbulan bulan berendam airmata cuma sebab SEORANG LELAKI . Orang yang bercinta bagai nak rak memang mcm ni sbb tu Allah tak bagi couple semua ni , perkara yang sia sia kalau tak ke arah pernikahan pun . 
   
   Suatu hari , mungkin Allah yang gerakkan hati suruh dekat dengan Dia , luahkan semuanya padaNya . Memang aku luahkan semuanya , Terdetik di hati pula nak buat solat istikharah , aku pun buat .

   Pada malam pertama , rasa mcm tak bersungguh sungguh lagi meminta petunjuk pada Allah sbb rasa teragak agak . Memang tak dapat petunjuk apa pun . Malam kedua pun sama , rasa mcm belum cukup bersungguh sungguh . Mungkin aku tak luah habis habisan pada Allah , masih memendam sikit rasa sedih tu , aku  juga tak nangis dengan sungguh sungguh . 


   Pada malam ketiga , aku nangis mmg sgt terlampau sgt lah bersungguh sungguhnya (nampak tak tu sungguh sungguh tu hee :P ).. Allah pun nampak , Allah pun mesti rasa , mmg aku tunjuk aku perlukan Dia , aku mmg nak sgt petunjuk dari Dia sbb aku taknak berharap dah pada yang tak pasti , aku nak lupakan dia , tak lalu dah weh asyik dok teringat dok nangeh . 


   Sujud pada malam ketiga ni lah aku rasa tenang sangat sangat , aku dpt rasa Allah makbulkan doa aku , mcm dpt rasa Allah kata YA ! Bangun dari sujud tu lah , aku juga doa sungguh sungguh supaya Allah memakbulkan , tunjukkan pilihan jodoh dariNya . Bila dah habis tu , aku nak sambung tidur balik . Dalam pukul 4 atau 5 pagi mcm tu , mula mula aku mimpi buruk sebenarnya . Lepas tu tetiba mcm BLURRY (mcm mimpi buruk tu dah habis , mimpi lain yg nak dtg pulak ) and tetiba aku nampak SEBUAH TAMAN , bercahaya gitteww tamannya :D cantik ! AND ! Di taman tu ada dalam lebih kurang 4 atau 5 ORANG LELAKI duduk kat kerusi panjang taman tu , semua berbaju melayu kecuali seorang lelaki ni nampak SPECIAL sbb berbaju melayu putih , yang lain tu colourful . Sempat tertnya pada diri sendiri masa tu aku sendiri skrg ni kat mana , siapa lelaki lelaki tu .


   Mmg semua lelaki tu aku tak kenal langsung , sorg pun aku tak kenal , jumpa pun tak pernah kat dunia ni . Tapi yang banyak tarik perhatian aku is lelaki berbaju melayu putih tu , mcm baru lepas habis nikah . Mmg hensem , sejuk mata pandang dia je , yg aku ingat dia berkulit putih , kawan dia yg lain kulit sawo matang biasa je , yg dia putih bercahaya sgt kat situ kenapa ?! (over pulak ngehngeh) and dia berjanggut , berambut panjang paras bahu . Aku asyik tenung dia je sbb dia lelaki paling hensem pernah aku jumpa and paling hensem kat situ . HEHE . Dalam asyik tenung dia , tertanya juga mana pengantin perempuan , apa diorg buat kat situ , kenapa aku mimpi diorg ni sbb kenal pun tak , jumpa pun tak pernah , reaksi lelaki berbaju melayu putih tu pun mcm tenga tunggu seseorang sbb dia toleh kiri kanan .


   Tetiba datang pengantin perempuan dgn gaun putihnya bertudung putih semua serba putih , cantik , senyum bahagia senyum sukanya , dengan pegang bunga mawar merah , yang buat aku terkejut pengantin perempuan tu ialah diri aku sendiri ! Yes ! Diri aku nampak diri aku sendiri pakai gaun tu , aku nmpak aku yg tersenyum bahagia di situ . Aku yang lelaki tu tunggu di situ , di kerusi panjang tu . Memang mcm kami berdua baru lepas habis nikah . Ya Allah , time tu mmg rasa bersyukur sgt ! Walaupun tak kenal lelaki tu tapi aku bersyukur Allah tunjuk yang lelaki tinggalkan aku tu bukan jodoh aku so tak payah nak sia siakan air mata untuk dia lagi . Allah dah tunjuk jodoh sebenar . Act mimpi ni dlm 2 atau 3 minit je , penulisan aku ni je panjang . ( jgn marah eh hee ) 


   Tapi sebaik bangun je dari tdur , aku terus lupa dah wajah lelaki semua tu mcm mana . Terus wajah diorg semua jadi samar samar dlm ingatan aku . Aku cuba paksa ingatan aku supaya ingat balik tp still tak boleh , still juga samar samar . Yang buat aku lg sedih , wajah lelaki berbaju melayu putih lelaki terpenting tu pun aku lupa dah , entah siapa dia smpai skrg aku taktau . Sampai skrg aku tercari cari smpai skrg aku tak lupa pun mimpi indah tu . Nak sedapkan hati selalu cakap " TAKPE , JODOH RAHSIA ALLAH , KALAU DIIZINKAN OLEHNYA , PASTI BERTEMU " . So korg yang dah habis baca story ni boleh dah nyanyi lagu "jodoh pasti bertemu-afgan" heheh . Habis ! K boiii Assalammualaikum :*